Tuesday, February 23

23 febuary 1978

Lahirya bayi yg suci murni yang mempunyai tangisan yang nyaring yang memeriahkan suasana rumah yang sgt gembira.....
Pada tarikh ini lahirnya seorg bayi yang merupakan anak sulung buat pasangan suami isteri yang teramat2lah ingin kan anak....
Pada tarikh ini lahirnya seorang insan yang sgt cute buat tatapan pertama kali bg keluarga ini yang sgt bahagia....
Pada tarikh ini, lahirnya seorang budak kecik yang sgt2 comel dan mempunyai raut wajah yang seiras mcm ibu dan ayahnya...
pada tarikh ini, lahirnya bayi perempuan yang sgt dinanti2 oleh semua umat manusia di muka bumi ini...
Lahirlah seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini...
kegembiraan yang sukar dilafazkan hanyalah tangisan kegembiraan yang boleh ditunjukkan kepada semua org dgn kelahiran ini....
Bermulalah kehidupan bayi perempuan ini sebagai anak sulung bagi keluarga yang diberi nama...
~MATASAN FAMILY~
Diberi nama Siti Marina Binti Matasan... merupakan seorang yang sangat ceria pada masa kecilnya...mempunyai susuk tubuh yang kurus dan tinggi..keperibadiannya sangat baik..budi bahasa yang tinggi dan mempunyai didikan agama yang cukup..maklumla dari kecik smpi besar sekolah agama jak..hehe
Dia merupakan seorang kakak yang sgt caring biarpun dia sgt garang...walaupun dia selalu marah tp marah yang menunjukkan dia syg akan adik2 nya..dia seorg yg pendiam...jarang sekali menyatakan apa yg dia tidak suka..selalu ingin melakukan sesuatu yang mengembirakan buat keluarganya..sanggup menghabiskan apa jua yang dia ada hanya untuk keluarganya...
aku ingat lagi kali pertama aku ditampar oleh perempuan ini sewktu aku baru berumur 11 tahun...ini kerana terlalu marah akan perbuatan aku, perempuan ini menampar aku..tp aku sentiasa ingin kan penampar itu biarlah sehingga aku meninggal..tp akhirnya tamparan itu tidak dpt lagi aku rasakan kerana dia telah pergi untuk selama2nya.....kehadiran dia sewaktu hayatnya ada adalah sgt mengembirakan kami sekeluarga...kehadirannya sentiasa mengisi kekosongan dalam keluarga kami....apa jua yg kami inginkan pasti dapat...apa yg aku inginkan pasti akan dapat..tidak kira susah mcm mana pun pasti akan dapat...sewaktu aku masih belajar..perempuan inilah yang byk membantu aku dlmn apa jua masalah...terutamanya mslh kewangan...biarpun aku rasa aku sudah teramat2 cukup dgn wang yg aku ada..tp dia tdk pernah rasa cukup untuk aku...dia pasti ada untuk aku....aku ingat lagi sewaktu kali terakhir aku dan jugak keluargaku holiday bersama perempuan ini...kegembiraan itu sekerg hanyala tinggal kenangan...hanya tinggal kenangan...kenangan yg sgt sedih dan sgt mengembirakan....kegembiraan yang tidak akan dilupakan....
tarikh 8/10/2006 bersamaan 15 ramadhan...merupakan hari terakhir untuk perempuan ini bernyawa, untuk perempuan ini bernafas seperti kita, untuk perempuan ini bergelar seorang anak buat family Matasan, untuk perempuan ini bergelar kakak yang sulung, untuk perempuan ini bergelar Siti Marina, untuk perempuan ini bergelar kakak Aku....tarikh ini memutuskan segala2 nya perhubungan aku, keluarga aku, sedara mara aku, semua manusia dgn perempuan ini...yang hanya aku bole tunjukkan hanya kesepian dan kerinduan yg teramat2 sgt dgn perempuan ini,....kerinduan aku tidaklah dpt dinilai dgn apa jua yang ada...ttp dgn kehadirannya amatlah aku nntkan biarla tidak kira dimana jua.....
hari ini..23 febuary 2010....
sekiranya perempuan ini masih hidup dimuka bumi ini..maka umurnya sudah mencecah 32 tahun....tetapi syg..perempuan ini sudah tiada lagi...tiada lagi gelak ketawa, marahnya, sedihnya dan sayangnya kepada kami sekeluarga...
Semoga perempuan ini ditempatkan di kalangan org2 beriman...sesungguhnya engkau pernah memberikan kasih sayang yang tidak tehingga buat kami semua...
aku rindukan dirimu buat selama2nya....
SITI MARINA BINTI MATASAN

5 comments:

Hafizan said...

huhu aku terkeluar lak air mata...
ko jgn la sedih2 sgt tok.bykkn la wat pahala then sedekah kn kat arwah.aku doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat & ditempakan dikalanga org2 yg beriman.amin...

LeLa BeSt said...

aku juga mendoakan arwah dicucuri rahmatNya. salu2 la bc yasin sedekahkn kt arwah k

kalo ko mau rasa tamparan, ko jgn risau.. ko btau jak ak, bila2 masa aku boleh menampar ko dgn sng hati k.. bg melepaskan kerinduan ko thdp tamparan tu la kan.. aku sgup berkorban lah demi kwn2 ak..

eSkrEm cKLaT said...

tok jom nangis sesama...
luv u my bro..
can`t stop thinking of u.. always.. everytyme i want to smile n laugh.. always want to be wif u and laugh wif u.. n sumtime, we can cry together.. ok!!

al-fatihah, 4 every1

f4r_e4st said...

waaa...sdhnye cite neh..saba je la tok..bykan sedekah alfatihah and bacaan2 al-quran yg lain..xbaik kite menangisi mereka yg tlah pergi kerana semue ditentukan olehNya...kite sebagai manusie yg kerdil hanya mampu berdoa semoga beliau ditempatkan dikalangan org yg beriman....amin

uAnz lAmpI All riGht said...

Assalamualaikum WBT buat kalian semua,

sungguh ku terharu melihat coretan kawan2 ku yg sungguh baik sekali buat diri ini. sekerdilya kita pasti ada org yg lebih kerdil..bak contohya paktam...kita bole lihat kekerdilan beliau dibandingkan dgn lela..

besambung semula pada cerita asal, sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat teman2, sahabat, kawan2 sekalian.. aku terasa sungguh sedih sekali bila terkenangkan segala kenangn yg pernah lahir dlm diri ini bersama arwah. igauan harian aku terhadap dirinya pasti muncul biarpun dlm keadaan gembira..ini kerana kenapa aku tdk dpt menyambut kegembiraan itu bersama dia biar pun hanya seketika..

tetapi aku paham, yg dah pergi mmg tetap akan pergi.tp apakan daya hanya hati yg tidak terdaya untuk menahan sebak didada mengenangkan org yg telah pergi..

nukilan buat mu hafizan,
dikala kamu berbaring disebelah ku pada malam itu, sempat aku menulis coretan pendek ini untuk luahan hati yg sungguh rindukan kakaknya..aku berthank you dgn ko hafizan kerana sedekahkan bacaan yassin pada malam itu..

tulisan utk kamu lela yg tdk best lgsg..
dikala kamu tdk diketahui dimana kamu berada , aku jgk berterima kasih keran mendoakan kakakku dicucuri rahmat..tp jgn ko pikir nak beli cucur lak..aku sipak kang..sebelum ko nak memberi tamparan ko tu ko sedekahkan kat tam dulu..kat aku ndk pyhla..kat tam cukupla...

buat bdk keck yg sentiasa dlm ingatan ku,
tq so much 4 evrtg..apa g kamu inginkan pastikan ia tercapai..dan apa yg kamu hadapi tok yakin kamu pasti dpt tempuhi..ok nnt kita ngs sama2..jumpa jak trus ngs k..

untukmu faiz,
dikala kita berkwn dulu, teguran2 kecil kecilan pernah kita lalui..biar pun tdk sebesar teguran dgn yg lain..tp aku bersyukur mempunyai kwn sprti kamu..terima kasih semuanya.insyaallah arwah kakakku ditempatkan di kalagn org2 yg beriman..

buat teman2 sekalian, ada kala kita diatas ada kala kita dibawah, sayangilah setiap insan yg ada disekeliling kita walaupun sesaat.jgn biarkan kita akan merindui mereka dimasa akan dtg..

aku sayangkan anda semua...