Tuesday, February 23

23 febuary 1978

Lahirya bayi yg suci murni yang mempunyai tangisan yang nyaring yang memeriahkan suasana rumah yang sgt gembira.....
Pada tarikh ini lahirnya seorg bayi yang merupakan anak sulung buat pasangan suami isteri yang teramat2lah ingin kan anak....
Pada tarikh ini lahirnya seorang insan yang sgt cute buat tatapan pertama kali bg keluarga ini yang sgt bahagia....
Pada tarikh ini, lahirnya seorang budak kecik yang sgt2 comel dan mempunyai raut wajah yang seiras mcm ibu dan ayahnya...
pada tarikh ini, lahirnya bayi perempuan yang sgt dinanti2 oleh semua umat manusia di muka bumi ini...
Lahirlah seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini...
kegembiraan yang sukar dilafazkan hanyalah tangisan kegembiraan yang boleh ditunjukkan kepada semua org dgn kelahiran ini....
Bermulalah kehidupan bayi perempuan ini sebagai anak sulung bagi keluarga yang diberi nama...
~MATASAN FAMILY~
Diberi nama Siti Marina Binti Matasan... merupakan seorang yang sangat ceria pada masa kecilnya...mempunyai susuk tubuh yang kurus dan tinggi..keperibadiannya sangat baik..budi bahasa yang tinggi dan mempunyai didikan agama yang cukup..maklumla dari kecik smpi besar sekolah agama jak..hehe
Dia merupakan seorang kakak yang sgt caring biarpun dia sgt garang...walaupun dia selalu marah tp marah yang menunjukkan dia syg akan adik2 nya..dia seorg yg pendiam...jarang sekali menyatakan apa yg dia tidak suka..selalu ingin melakukan sesuatu yang mengembirakan buat keluarganya..sanggup menghabiskan apa jua yang dia ada hanya untuk keluarganya...
aku ingat lagi kali pertama aku ditampar oleh perempuan ini sewktu aku baru berumur 11 tahun...ini kerana terlalu marah akan perbuatan aku, perempuan ini menampar aku..tp aku sentiasa ingin kan penampar itu biarlah sehingga aku meninggal..tp akhirnya tamparan itu tidak dpt lagi aku rasakan kerana dia telah pergi untuk selama2nya.....kehadiran dia sewaktu hayatnya ada adalah sgt mengembirakan kami sekeluarga...kehadirannya sentiasa mengisi kekosongan dalam keluarga kami....apa jua yg kami inginkan pasti dapat...apa yg aku inginkan pasti akan dapat..tidak kira susah mcm mana pun pasti akan dapat...sewaktu aku masih belajar..perempuan inilah yang byk membantu aku dlmn apa jua masalah...terutamanya mslh kewangan...biarpun aku rasa aku sudah teramat2 cukup dgn wang yg aku ada..tp dia tdk pernah rasa cukup untuk aku...dia pasti ada untuk aku....aku ingat lagi sewaktu kali terakhir aku dan jugak keluargaku holiday bersama perempuan ini...kegembiraan itu sekerg hanyala tinggal kenangan...hanya tinggal kenangan...kenangan yg sgt sedih dan sgt mengembirakan....kegembiraan yang tidak akan dilupakan....
tarikh 8/10/2006 bersamaan 15 ramadhan...merupakan hari terakhir untuk perempuan ini bernyawa, untuk perempuan ini bernafas seperti kita, untuk perempuan ini bergelar seorang anak buat family Matasan, untuk perempuan ini bergelar kakak yang sulung, untuk perempuan ini bergelar Siti Marina, untuk perempuan ini bergelar kakak Aku....tarikh ini memutuskan segala2 nya perhubungan aku, keluarga aku, sedara mara aku, semua manusia dgn perempuan ini...yang hanya aku bole tunjukkan hanya kesepian dan kerinduan yg teramat2 sgt dgn perempuan ini,....kerinduan aku tidaklah dpt dinilai dgn apa jua yang ada...ttp dgn kehadirannya amatlah aku nntkan biarla tidak kira dimana jua.....
hari ini..23 febuary 2010....
sekiranya perempuan ini masih hidup dimuka bumi ini..maka umurnya sudah mencecah 32 tahun....tetapi syg..perempuan ini sudah tiada lagi...tiada lagi gelak ketawa, marahnya, sedihnya dan sayangnya kepada kami sekeluarga...
Semoga perempuan ini ditempatkan di kalangan org2 beriman...sesungguhnya engkau pernah memberikan kasih sayang yang tidak tehingga buat kami semua...
aku rindukan dirimu buat selama2nya....
SITI MARINA BINTI MATASAN